Presiden Perancis terhidu ganja dalam lawatannya ke Guiana


BILA Presiden Perancis Emmanuel Macron terhidu ganja sepanjang lawatannya di French Guiana, beliau secara berseloroh berkata, “Saya masih ada hidung.”

“Maksudnya, ada antara kamu semua yang bukan hisap rokok saja, ya?” katanya disambut gelak ketawa selepas bergambar bersama rakyat tempatan di Crique, Cayenne, Jumaat lepas.

“(Ganja) itu tak membantu kerja sekolah kamu,” katanya melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook presiden itu.

“Kamu patut beritahu orang muda!” katanya.

Beliau berkata dirinya “bukan Santa Claus” bila ketibaannya disambut oleh demonstrasi yang bermula akibat masalah pengangguran dan keselamatan sejak enam bulan lalu.

Ramai penduduk tempatan terasa diabaikan oleh Paris, dengan kadar pengangguran sebanyak 23%, kebanjiran pendatang tanpa izin, jalanraya berlubang dan infrastruktur awam yang teruk, berbanding tanah besar Perancis. – AFP, 30 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen