KEPUTUSAN bagaimana hasil cukai pelancongan akan dikongsi masih belum dimuktamadkan tetapi Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini menegaskan yang ia perlu dikongsi secara saksama antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Cadangan itu dibuat oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Nazri Abdul Aziz tetapi kemudian ditarik balik apabila beliau mengatakan dua negeri Borneo itu hanya akan memperolehi 10% daripada jumlah keseluruhan kutipan atau hanyalah RM1 untuk setiap RM10 yang dikutip.
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg pada Julai menolak cadangan 10% itu menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima kerana “ia bukan seperti yang dipersetujui Putrajaya”.
Sarawak dan Sarawak sudah menghantar memorandum bersama kepada Putrajaya tentang bagaimana cukai itu perlu dikongsi dengan mencadangkan ia diagihkan secara saksama antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung- tiga kawasan yang membentuk Malaysia.
Abdul Karim juga mengatakan beliau tidak pasti bilakah keputusan mengenai cukai itu, yang dikuatkuasakan bermula 1 September selepas beberapa kali ditangguhkan kerana bantahan dari Sarawak dan Sabah akan dimuktamadkan.
“Tidak pasti bila,” katanya kepada wartawan selepas menerima tajaan kewangan untuk Sarawak Regatta di pejabatnya. – 30 Oktober, 2017.
Untuk berita penuh sila baca di sini.
Komen