Dong Jiao Zong adakan himpunan bantah pelajaran Jawi


Dong Jiao Zong, persatuan Cina akan mengadakan himpunan membantah pelajaran Jawi di sekolah pada 28 Disember. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2019.

PERSATUAN mewakili sekolah vernakular Cina dan guru mereka akan mengadakan himpunan pada 28 Disember bagi menyatakan pendirian mereka terhadap tiga halaman pengenalan pelajaran Jawi bagi murid tahun empat bermula tahun depan.

Dong Jiao Zong, yang mewakili United Chinese Schools Teachers’ Association (Jiao Zong) dan United Chinese School Committees’ Association (Dong Zong), berkata himpunan itu akan diadakan di Kolej New Era di Kajang.

Ia kini mengajak kumpulan Cina lain untuk berdaftar dengan Dong Zong dan menyertai himpunan itu bagi mendesak kerajaan mendengar suara mereka dan membatalkan pengenalan pelajaran Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia untuk sekolah jenis kebangsaan, katanya dalam satu kenyataan menggunakan bahasa Mandarin, dilaporkan oleh Malaysiakini. – 19 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen