PRESIDEN Donald Trump didakwa melakukan salah guna kuasa dalam satu undian di Dewan Perwakilan semalam, dengan perbicaraan Senat akan ditubuhkan di mana presiden itu mungkin disingkirkan daripada jawatan itu selepas tiga tahun yang penuh cabaran.
Menerusi 230 kepada 197 undi di Dewan dengan majoriti ahli Demokratik, presiden AS ke-45 itu menjadi presiden ketiga dalam sejarah AS yang didakwa.
Pusingan kedua menyaksikan artikel itu menerima undian 229 kepada 198.
Demokrat berkata mereka tidak ada pilihan tetapi terpaksa mendakwa secara rasmi presiden Republican itu, di mana pendakwaan terhadapnya sudah lama tertangguh. Penangguhan itu mencemarkan prestasinya sementara menyebabkan perpecahan politik AS semakin dalam.
Trump akan dibicarakan di Senat, di mana partinya Republican memegang majoriti kukuh dan dijangka akan melepaskannya.
Undi di Dewan itu diadakan empat bulan selepas seorang pemberi maklumat mendedahkan skandal membabitkan Trump memberi tekanan kepada presiden Ukraine untuk menyiasat pencabar White House pada 2020, iaitu Joe Biden dari Demokrat.
Selepas 10 jam perbahasan, wakil rakyat membuat undian terhadap artikel kedua pendakwaan terhadap Trump – kerana menghalang siasatan kongres terhadap urus niaganya dengan Ukraine menerusi penyekatan keterangan sepina pegawai khas White House.
Walaupun keterangan daripada 17 pegawai mengatakan Trump menggunakan kelebihan jawatannya untuk memperoleh keuntungan politik domestik, presiden itu tetap mengaku tidak bersalah sepanjang inkuiri pendakwaan – dengan berang berkata tindakan ini adalah cubaan rampasan kuasa dan serangan terhadap Amerika.
Trump setengah hari ini terkurung di White House, hanya menulis di Twitter bercakap tentang kekecewaannya, marah dan balas dendam dalam pilihan raya 2020.
Tetapi apabila undi dijalankan, presiden berusia 73 tahun itu berada dalam keadaan lebih mesra.
Ketika Dewan sedang membuang undi untuk mendakwanya, ribuan penyokong Trump bersorak untuknya di satu himpunan di Michigan.
Dua presiden sebelum ini Andrew Johnson pada 1868 dan Bill Clinton pada 1998, tidak didakwa sebelum ini sejak 1789. Mereka disabitkan bersalah di Senat, tetapi kekal dalam jawatan masing-masing. – AFP, 19 Disember, 2019.
Komen