Polis berulang kali soal tentang gerakan murtad Koh


Polis lebih berminat jika Pastor Raymond Koh memurtadkan orang daripada menumpukan penculikannya. Pastor Koh dan tiga individu lain sehingga kini masih belum ditemui. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2017.

POLIS lebih ingin tahu jika Pastor Raymond Koh terbabit memurtadkan orang berbanding dia diculik, kata anaknya kepada panel Suhakam yang menyiasat kehilangan pastor itu dan tiga individu lain.

Jonathan Koh berkata beliau disoal siasat polis sebanyak tiga kali selepas penculikan iaitu pada 13 Februari, juga 6 dan 23 Mac.

“Pihak polis lebih berminat untuk tahu jika Koh memurtadkan orang.

“Saya kecewa kerana mereka tak berminat tentang penculikannya dan kekurangan maklumat yang diberi.” – 30 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen