Graduan terima gaji lebih baik pada 2018, tetapi ketaksamaan kekal


Ragananthini Vethasalam

Graduan di Malaysia secara amnya menikmati gaji lebih tinggi tahun lalu, tetapi statistik menunjukkan kecondongan kepada agihan gaji lebih rendah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Disember, 2019.

GRADUAN di Malaysia secara amnya menikmati gaji lebih tinggi tahun lalu, tetapi statistik menunjukkan kecondongan kepada agihan gaji lebih rendah.

Laporan Statistik Graduan 2018 dikeluarkan oleh Jabatan Statistik semalam mendedahkan min gaji dan upah bulanan dalam tenaga kerja pula meningkat 4.7% kepada RM4,897 daripada RM4,676 pada 2017.

Profesor Ekonomi Sunway Business School Dr Yeah Kim Leng memberitahu The Malaysian Insight statistik itu secara umumnya memberikan gambaran yang baik bagi pencapaian upah pada 2018.

“Kenaikan min dan median gaji bagi semua kumpulan umur pada 2018 melebihi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu 5.5% dan kenaikan 1% dalam inflasi,” kata Yeah.

Ini menunjukkan peningkatan dalam gaji sebenar selepas menyesuaikan diri dengan inflasi adalah positif, katanya, sementara menambah angka itu mencadangkan kewangan lebih baik pada 2018 untuk populasi bekerja.

“Namun, purata itu menutup agihan tidak sama dalam gaji dan peningkatan mereka seperti ditunjukkan oleh capahan antara gaji min dan media di mana min lebih tinggi berbanding median, katanya.

Agihan itu lebih condong kepada gaji lebih rendah menunjukkan sebahagian besar populasi bekerja menerima gaji lebih rendah dan kenaikan gaji yang ditunjukkan oleh purata min,” kata Yeah.

Laporan statistik menunjukkan graduan lelaki menerima gaji lebih tinggi berbanding wanita dengan media RM4,335 berbanding RM3,727. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Disember, 2019.

Median ialah titik tengah di mana separuh daripada pekerja menerima gaji yang separuh lebih rendah daripada agihan sementara separuh lagi menerima lebih tinggi daripada skala itu.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan memberitahu The Malaysian Insight median gaji lebih tinggi ialah petanda sihat menunjukkan jumlah keseluruhan pendapatan pekerja meningkat.

“Ini kadar pasaran sekarang dan ia tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi tetapi sudah tentu apa yang penting ialah secara asasnya kita melihat pertumbuhan dalam gaji media yang naik pada 10.9%, dan itu agak tinggi,” katanya ketika ditanya adakah statistik berkenaan mencerminkan kadar ideal.

Laporan itu menyatakan graduan menerima gaji lebih baik seiring dengan peningkatan usia mereka.

Gaji media bagi mereka berumur 24 tahun ke bawah ialah RM2,112 dan min gaji RM2,320.

Mereka yang berumur 45 tahun ke atas mendapat median RM6,859 dan min RM8,199.

Laporan itu turut menunjukkan graduan lelaki menerima gaji lebih tinggi berbanding wanita.

Median gaji bulanan bagi graduan lelaki ialah RM4,335 tetapi hanya RM3,727 untuk wanita, sementara min gaji untuk lelaki RM5,475 dan RM4,369 bagi wanita. – 14 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen