Lebih ramai penduduk luar bandar tak puas hati dengan kerajaan, menurut kajian


Isu rantaian bekalan pertanian dan pengangguran merupakan antara sebab penduduk luar bandar tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2019.

PENDUDUK luar bandar di Malaysia lebih ramai yang tidak beruas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan, berbanding penduduk bandar, menurut kajian.

Dalam satu kaji selidik, bertajuk “Pulse from the Ground: Voices & Expectations of the Rakyat”, Emir Research cuba mencari tahap kepuasan hati menerusi empat kategori.

Kategori pertama adalah Ekonomi, diikuti dengan Kesihatan & Pengangkutan, Pertanian dan Rumah Mampu Milik.

Dalam kategori ekonomi, 36% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan Ringgit yang mana hanya 33% menyatakan mereka berpuas hati.

Sementara itu, 43% merasakan kerajaan menguruskan kos perkhidmatan kesihatan manakala 42% berpuas hati dengan usaha kerajaan untuk menstabikan harga barangan keperluan asas.

Pecahan antara rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar berhubung perkara yang sama menunjukkan perbezaan ketara.

45% penduduk bandar berpuas hati dengan kos perkhidmatan kesihatan, namun hanya 34% masyarakat luar bandar merasakan perkara yang sama.

Perbezaan yang sama turut dilihat pada isu nilai Ringgit yang mana 37% responden bandar berpuas hati dengan usaha kerajaan berbanding hanya 24% di kawasan luar bandar.

Bagi isu kesihatan dan pengangkutan, masyarakat bandar sekali lagi menyatakan kepuasan hati mereka (40%) terhadap usaha kerajaan berhubuung penjagaan kesihatan berbanding masyarakat luar bandar (30%).

Pecahan itu paling jelas dalam dimensi dasar pertanian yang mana responden luar bandar menyatakan tahap rasa tidak puas hati lebih tinggi terhadap kerajaan.

“Ini tidak menghairankan kerana penduduk luar bandar akan menjadi kumpulan pertama yang merasakan kesan dalam isu rantaian bekalan pertanian apabila sektor itu gagal memastikan kecekapan dan menyelesaikan pengangguran,” kata Emir Research.

Berhubung bekalan makanan, hanya 27% rakyat Malaysia luar bandar berpuas hati berbanding 41% masyarakat di bandar.

Ketidakpuasan hati paling tinggi dalam kalangan penduduk luar bandar adalah mengenai isu gaji minimum (48%) diikuti dengan masalah orang tengah dalam pasaran produk pertanian (42%) dan pengurusan tenaga kerja yang tinggi dan import makanan (41%). – 12 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen