PERTEMPURAN sengit antara tentera Syria dan kumpulan militan IS di bandar Deir Ezzor menyebabkan 73 terbunuh dalam tempoh 24 lalu, kata pemerhati pada Ahad.
Tentera Syria yang menguasai sebahagian besar bandar Deir Ezzor, terus masa selepas menyerang balas serangan IS yang bermula pada Sabtu, kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
Kumpulan pemerati terbabit berkata pertempuran sengit pada Sabtu itu menyebabkan sekurang-kurangnya 50 anggota IS maut, manakala 23 tentera Syria dan pasukan separa tentera pro rejim turut terbunuh.
Pengarah kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman berkata, pihak berkuasa kerajaan menawan dua kejiranan baru dan stadium awam.
“IS kini dikepung di kawasan antara bandar itu dan sungai Euphrates,” kata Abdel Rahman.
IS sebelum ini pernah menawan sebahagian besar bandar Deir Ezzor, dan mengepung saki baki kawasan yang dikuasai kerajaan.
Pada awal September lalu, tentera kerajaan yang terus mara memecahkan kepungan berkenaan, dan sejak itu usaha berterusan dijalankan bagi menumbangkan penguasaan kumpulan militan berkenaan di bandar itu.
Abdel Rahman berkata pertempuran pada Sabtu itu merupakan yang paling ganas di bandar itu sejak tentera kerajaan memecahkan kepungan, dan menambah pertempuran masih berlarutan pada Ahad, dengan sekutu rejim, Rusia melancarkan serangan udara sebagai sokongan kepada tentera sekutu.
Deir Ezzor, wilayah yang kaya dengan minyak di sempadan Iraq, pernah menjadi kubu kuat IS, namun kumpulan militan itu berdeoan dua serangan daripada tetera rejim dan tentera Amerika Syarikat yang disokong pasukan tentera Demokratik Syria. – AFP, 29 Oktober, 2017.
Komen