LIMA maut dalam serangan militan di sebuah hotel di Mogadishu, Somalia, kata pihak berkuasa hari ini.
Mangsa yang terbunuh terdiri daripada tiga orang awam dan dua anggota keselamatan.
Kenyataan polis menyebut lima militan Al-Shabaab yang menyerbu hotel itu juga terbunuh.
“Pasukan keselamatan kami berjaya menghentikan serangan ke atas Hotel YSL, dan menyelamatkan 80 orang termasuk kakitangan kerajaan yang menginap di hotel itu.
“Lima orang disahkan mati, dua daripadanya adalah anggota keselamatan, manakala tiga yang lain orang awam. Sembilan orang awam lagi dan dua anggota tentera cedera ringan,” kenyataan itu dipetik.
Serangan bermula ketika berlaku pertempuran antara militan Al-Shabaab dan pasukan keselamatan yang mengawal pos kawalan dekat istana presiden. – AFP, 11 Disember, 2019.
Komen