Adun Sungai Pelek beri keterangan di Bukit Aman


Adun Sungai Pelek Ronnie Liu tiba di Bukit Aman pada kira-kira 3 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2019.

AHLI Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada majlis memperingati Perjanjian Damai Hatyai ke-30, di Kajang pada 1 Disember lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata Adun Sungai Pelek, Selangor itu, tiba pada kira-kira 3 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.

Sementara itu, peguam Rampkarpal Singh yang mewakili Liu, berkata anak guamnya diambil keterangan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

Pada 1 Disember lepas, kira-kira 300 individu termasuk bekas ahli kumpulan PKM dilaporkan mengadakan perhimpunan di sebuah dewan di Kajang bertujuan menghargai perdamaian yang dikecapi hasil perjanjian 30 tahun lepas.

Himpunan berkenaan dilaporkan turut disertai Liu. – Bernama, 9 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen