Najib pertahan perbelanjaan kad kredit


Bede Hong Ravin Palanisamy

Bekas perdana menteri Najib Razak di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes SRC International mengaitkan dirinya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2019.

NAJIB Razak mempertahankan transaksi kad kredit antara 2014 dan 2015, berkata ia tidak banyak berbanding jumlah dana, dalam bentuk sumbangan, yang ada dalam akaunnya.

Bekas perdana menteri itu terdahulu memberi keterangan beliau mempunyai wang sumbangan sebanyak RM210,748,071.78 dalam akaun banknya AmBank bagi akaun berakhir dengan nombor 906 dan 898.

Ketika disoal balas oleh peguam Rahmat Nazlan, Najib berkata pembelian barang kemas sebanyak RM3.3 juta dibuat pada 8 Ogos, 2014 di De Grisogono di Itali untuk Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie, iaitu isteri Shaikh Hamad Jassim Jabr Al Thani, yang pada masa itu perdana menteri Qatar pada masa itu.

Beliau bercakap tentang hubungan bermanfaat dengan Qatar dan menyebut ketika lawatan kerja ke Malaysia baru-baru ini, pasangan itu turut memberikan hadiah kepadanya dan isteri, Rosmah Mansor.

Beliau percaya hadiah yang diberikan kepada isteri Sheikh Ahmad akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara dua negara.

“Saya tidak mahu guna wang awam untuk beli hadiah ini untuk mereka dan saya fikir ada duit di akaun AmBank, saya percaya lebih baik menggunakannya, daripada guna wang rakyat.

“Saya juga percaya membelanjakan wang itu mengikut budi bicara saya dan demi kebaikan rakyat Malaysia,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Pertuduhan terhadapnya berkaitan dengan pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada to SRC International pada 2011 dan 2012, di mana beliau dituduh menerima RM42 juta dalam akaunnya pada 2014 dan 2015. – 9 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen