FINLAND bakal mempunyai perdana menteri paling muda di dunia selepas menteri pengangkutan Sanna Marin diangkat oleh Parti Sosial Demokratik sebagai calon pengganti Antti Rinne yang letak jawatan, lapor Reuters.
Marin berumur 34 tahun.
Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam masa beberapa hari lagi dalam kerajaan gabungan lima parti yang disertai Parti Sosial Demokratik.
Rinne letak jawatan selepas sebuah parti dalam gabungan parti garis sederhana menarik sokongan kerana tidak puas hati dengan cara beliau mengendalikan mogok pekerja pos.
Marin terpilih selepas mengatasi pesaingnya Antti Lindtman, 37, dengan undi tipis.
Marin mula memahat namanya dalam politik Finland selepas beliau menerajui majlis bandar raya Tampere pada 2013, semasa berumur 27 tahun.
Beliau akan mengambil alih pentadbiran Finland ketika mogok pekerja yang melumpuhkan operasi syarikat besar, yang dianggarkan menelan kerugian sehingga lebih RM2 bilion. – 9 Disember, 2019.
Komen