Penyokong City tunjuk isyarat 'perkauman' ditahan


Rakaman video juga menunjukkan seorang penyokong menunjukkan aksi gaya monyet terhadap pemain warga Brazil itu. – Gambar EPA, 8 Disember, 2019.

POLIS Britain pada Ahad menangkap seorang lelaki berusia 41 tahun selepas video di media sosial tular kerana membuat isyarat perkauman ketika perlawanan bola sepak antara pasukan Manchester City dan Manchester United pada hari Sabtu.

“Polis dihubungi untuk melaporkan perbuatan penyokong yang membuat isyarat dan jeritan perkauman terhadap pemain semasa perlawanan Manchester City dan Manchester United,” kata polis Manchester dalam satu kenyataan.

“Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditangkap kerana disyaki membuaat aksi perkauman yang menyinggung awam dan kini dalam tahanan polis untuk disoal siasat.”

Pasukan Manchester City berjanji untuk tidak bertoleransi terhadap penyokong yang didapati menujukkan aksi perkauman terhadap pemain Manchester United selepas juara Liga Perdana Inggeris itu kalah 1-2 kepada pesaing tempatan mereka pada hari Sabtu.

Pemain tengah United, Fred terkena objek yang dibaling penyokong Manchester City ketika beliau sedang mengambil sepakan sudut di babak kedua permainan.

Rakaman video juga menunjukkan seorang penyokong menunjukkan aksi gaya monyet terhadap pemain warga Brazil itu.

Pengurus Manhester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, kedua-dua Fred dan Jesse Lingard “terkesan” akibat perbuatan tidak bermoral itu. – AFP, 8 Disember, 2019. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen