Jangan serah FGVH kepada Syed Mokhtar, kata pemimpin Amanah 


Alfian Z.M. Tahir

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Amanah Mazlan Aliman berkata kerajaan bercadang FGVH diambil alih oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2019.

PUTRAJAYA tidak boleh serahkan syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kepada pihak swasta kerana ia perlu kekal milik rakyat, kata aktivis Felda.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Mazlan Aliman berkata, kerajaan bercadang FGVH diambil alih oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

“Kita menang 19 daripada 52 kerusi Felda pada pilihan raya umum lepas. Kita ketengahkan nasib peneroka dan atas sebab itulah hari ini kita jadi kerajaan,” kata Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada perwakilan pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Shah Alam hari ini.

“Tetapi saya nak beritahu ada usaha oleh pihak ketiga untuk ambil alih FGVH. Saya perlu dedahkan perkara ini, pihak ketiga ini adalah Syed Mokhtar Albukhary.

“Saya gesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan jangan benarkan perkara ini berlaku. Saya dimaklumkan mesyuarat antara pihak ketiga dengan kerajaan akan diadakan esok.

“Kalau ini dibenarkan (ambil alih FGVH), maka kita mengkhianati peneroka, kita mengkhianati rakyat.

“Hak milik tanah adalah milik rakyat, ini yang kita perjuangkan selama ini,” kata Mazlan. – 8 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen