Polis Turki tahan 49 orang disyaki anggota IS


PIHAK berkuasa Turki menahan 49 orang disyaki ahli militan IS pada Sabtu, yang mana ada di antara mereka disyaki merancang serangan pada cuti hari kebangsaan Turki pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu. 

Penahanan itu dibuat di ibu negaranya, Ankara, sehari sebelum sambutan hari kebangsaan negara itu ke 49.

Pihak berkuasa Turki turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 55 suspek ahli IS warga asing, yang dipercayai ada di antara mereka merancang serangan pada Hari Republik itu, lapor Anadolu tanpa sebarang butiran lanjut. 

Turki berdepan dengan beberapa serangan berdarah sebelum ini yang menyalahkan militan IS sejak dua tahun lalu, termasuk serangan pada sambutan tahun baru di sebuah kelab malam elit di Istanbul.

Keadaan reda selepas serangan itu, namun ketegangan masih memuncak dan polis Turki melancarkan serbuan setiap hari terhadap kawasan yang disyaki menjadi lokasi persembunyian militan IS di seluruh negara itu.  – AFP, 28 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen