KETUA bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock pada Sabtu menyuarakan kebimbangan berhubung krisis kemanusiaan di Yaman yang semakin memuncak dan menggesa kedua-dua belah pihak yang bertelagah untuk menghormati undang-undang antarabangsa.
Lowcock yang merupakan ketua bantuan kecemasan dan hal ehwal kemanusiaan PBB itu berkata, peperangan di negara Arab yang bergolak perlu ditamatkan menerusi proses politik.
“Saya datang ke Yaman untuk memahami situasi krisi kemanusiaan, termasuk penularan wabak penyakit kolera yang paling pantas yang pernah dilihat dunia, keadaan kebersihan makanan yang tidak selamat paling besar serta pemindahan populasi,” kata Lowcock.
“Amat mengejutkan untuk melihat impak yang dahsyat hasil daripada konflik buatan manusia ini,” katanya sebelum meninggalkan Sanaa.
“PBB menggesa semua pihak..untuk memperkasakan undang-undang kemanusiaan ke tahap yang paling tinggi dan menghormati hak asasi manusia terhadap semua termasuk tahanan dan juga wartawan,” tambahnya.
Lowcock dijadualkan untuk berucap pada satu mesyuarat peringkat tertinggi bagi maklum balas hak asasi manusia dalam krisis Yaman di Riyadh pada Ahad.
Dalam lawatannya, Lowcock mengadakan ceramah di Aden, di mana kerajaan yang diiktiraf antarabangsa berada, dan di kawasan Sanaa yang ditawan pemberontak, serta lawatan ke beberapa kawasan konflik.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa di Aden dan Sanaa untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan dan meminta lapangan terbang di Sanaa dibuka semula untuk penerbangan komersial dan kemanusiaan.
Lowcock berkata, beliau melihat kanak-kanak yang kekurangan nutrisi, melawat hospital yang tiada bekalan elektrik dan air dan bertemu dengan beberapa pekerja kesihatan yang belum dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.
Lebih 8,650 orang terbunuh dalam onflik di negara itu dan kira-kira 58,600 cedera, kebanyakan mereka orang awam. – AFP, 28 Oktober, 2017.
Komen