Azmin sahut seruan Anwar, PKR tak perlu puak


Mohd Farhan Darwis

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah) dan Presiden PKR (kanan) di Kongres PKR 2019 di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oelh Seth Akmal, 7 Disember, 2019.

TIMBALAN Presiden PKR Azmin Ali menyahut seruan presidennya Anwar Ibrahim agar parti itu tidak lagi berpuak-puak yang membawa kepada perpecahan.

Katanya, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan ketika beliau bertemu Anwar sebelum Kongres PKR 2019 berlangsung.

“Sudah tentu kita tak boleh membenarkan (wujud puak) itu antara sebabnya saya mengambil inisiatif mengumpulkan MPP yang dipilih, menghantar surat kepada beliau (Anwar) untuk mendapatkan bimbingan.

“Kami duduk bersama dan berbincang minggu lalu dan kami mengharapkan pertemuan itu akan menyelesaikan isu pokok dalam parti,” kata Azmin.

Jelas ahli Parlimen Gombak itu, isu pokok yang harus diberikan perhatian oleh pimpinan PKR adalah keadilan.

“Kita bercakap soal keadilan… Keadilan bermula dari rumah, ia perlu dilaksanakan di dalam parti sebelum prinsip keadilan di promosikan ke luar,” kata menteri hal ehwal ekonomi itu lagi.

Azmin juga berharap pertemuan dengan Anwar itu dapat memastikan isu dalam parti itu diselesaikan.

“Saya harap pertemuan yang saya mulakan bersama MPP yang dipilih untuk mendapatkan nasihat presiden memastikan ia berlaku,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Anwar dalam ucapan dasarnya meminta anggota PKR agar kembali bersatu dan tidak membiarkan semangat berpuak menyebabkan parti berpecah.

https://themalaysianinsight.com/s/204502

Katanya, beliau terlalu berlembut dan sepatutnya mengambil tindakan lebih awal untuk mengelak perpecahan dalam PKR berlarutan.

Katanya, beliau berharap ahli parti akan sentiasa berdisiplin seperti ketika mereka masih belum mempunyai sebarang kuasa sebelum ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengakui beliau mempunyai banyak kelemahan namun berharap pemimpin dan anggota akan sentiasa patuh kepada struktur kuasa dalam parti. – 7 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen