Bekas menteri ekonomi Bolivia terima suaka di Mexico 


Bekas menteri ekonomi Bolivia, Luis Arce pernah meletakkan jawatan sementara pada 2017 kerana masalah kesihatan.– Gambar EPA, 7 Disember, 2019.

BEKAS menteri ekonomi Bolivia, Luis Arce pada Jumaat mengumumkan, beliau mengikut jejak langkah bekas presiden Evo Morales di Mexico, yang mana beliau diberikan suaka politik.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Mexico kerana memberikan suaka politik di negara ini,” tulis Arce dalam satu surat yang disiarkan media Bolivia. 

Arce merupakan individu penting dalam kerajaan Moraes sejak 2006 dalam usaha membanteras kadar kemiskinan dan turut berusaha memacu pertumbuhan ekonomi menerusi eksport gas, menjadikan Bolivia sebagai salah satu negara Amerika Latin yang memiliki pertumbuhan ekonomi pesat. 

Menerusi surat berkenaan Arce juga berkata, beliau berniat untuk berpindah ke Brazil “bagi meneruskan rawatan perubatan.”  

Bekas menteri itu meletakkan jawatan sementara pada 2017 kerana masalah kesihatan.

Arce menjangkakan pertumuhan 4.5 peratus pada 2019, sebelum keganasan yang tercetus pada pasca pilihan raya yang memaksa Morales meletakkan jawatan pada 10 November dan menerima suaka politik di Mexico dua hari kemudian. 

Bekas naib presiden Alvaro Garcia dan bekas menteri kesihatan Gabriela Montano turut diberikan suaka di Mexico. – AFP, 7 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen