Sarawak sasar pengambilan pertama sekolah antarabangsa pada 2021


Desmond Davidson

Menteri pendidikan, sains dan teknologi itu mengatakan bahawa sekolah pertamanya, yang akan dikendalikan syarikat Sanjung Sdn Bhd, akan dibina di Batu 12 Jalan Kuching-Serian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2019.

SEKOLAH pertama dari lima sekolah antarabangsa yang dirancang kerajaan Sarawak akan mula mengambil pelajar pada tahun 2021, kata Michael Manyin.

Menteri pendidikan, sains dan teknologi itu mengatakan bahawa sekolah pertamanya, yang akan dikendalikan syarikat Sanjung Sdn Bhd, akan dibina di Batu 12 Jalan Kuching-Serian.

Syarikat Sanjung dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.

Kuching akan memiliki dua buah sekolah antarabangsa yang akan dibina di bandar utama.

Sementara baki yang lain akan ditempatkan di Samarahan.

Bercakap kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian penyelidikan dengan universiti Cambridge dan Curtin di Kuching hari ini, Manyin berkata setiap sekolah akan menelan belanja sekitar RM60 juta untuk dibina.

“Kawasan binaan sekolah tersebut telah diluluskan kabinet. Kami berharap dapat membinanya pada tahun depan dan pengambilan pertama pada tahun 2021. “

Beliau berkata sekolah antarabangsa tersebut tidak akan dibina secara serentak.

Sebaliknya kerajaan akan menetapkan pembinaan dalam jangka masa tiga atau empat tahun akan datang.

Sekolah yang dirancang kerajaan negeri itu dibina bagi menempatkan murid-murid yang “miskin” dari daerah pedalaman dan keluarga yang tidak berkemampuan.

Ia dikatakan hanya memiliki empat kelas dan dengan jumlah pelajar seramai 100 orang bagi setiap sekolah. – 6 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen