Bas ekspres terbakar kerana kerosakan brek 


SEBUAH bas ekspres terbakar di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran Hospital Serdang, di Serdang, pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kerosakan pada sistem brek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Md Noor Mohammad berkata berlakunya percikan api di bahagian brek yang mengakibatkan kebakaran dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

“Ketika kejadian hanya pemandu dan penolong pemandu berada di dalam bas tersebut dan mereka berdua yang berusia lingkungan 30-an berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di Serdang, hari ini.

Md Noor bagaimanapun berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – Bernama, 6 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen