-signpost-budget_2018.jpg)
PETANI, nelayan, pelajar, penjawat awam, dan golongan pertengahan.
Itu antara sebahagian daripada penerima apa yang disifatkan oleh pentadbiran Najib sebagai ‘ibu segala bajet’ kerana ia disediakan untuk membentuk apa yang menjadi ‘ibu’ semua pilihan raya.
Walaupun dengan pengumuman yang paling menarik seperti memansuhkan empat tol dan bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam, peruntukan Putrajaya untuk pembangunan kekal sama seperti 2017 iaitu RM46 bilion.
Tahun depan, kerajaan telah memperuntukkan RM46 bilion atau 16% daripada RM280.25 bilion daripada Bajet 2018 untuk pembangunan.
Namun berita gembira itu tidak dikongsi di seluruh Dewan Rakyat.
Ketika tepukan dan sorakan gemuruh daripada pennyokong Barisan Nasiona sebagai sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak, ahli Parlime Pembangkang melaungkan “kleptokrasi” pada akhir ucapan Najib.
Mereka dalam sektor pertanian mendapat peruntukan paling besar dalam sejarah kerajaan apabila Najib mengumumkan RM6.5 bilion dalam beberapa skim untuk petani, nelayan dan penternak.
Selain bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam, kakitangan sokongan juga menerima kenaikan pangkat berdasarkan time-based buat kali kedua, selepas kenaikan pangkat kali pertama, 13 tahun lalu.
Dua kumpulan itu secara tradisinya menjadi asas sokongan untuk parti Najib, Umno di mana 86 kerusi Parlimen kebanyakannya di kawasan luar bandar di Semenanjung.
Sebagai tambahan, penanam padi akan menerima elaun bulanan khas RM200 selama tiga bulan sementara menunggu untuk menuai.
Selain bayaran RM1,500 itu, penjawat awam juga layak untuk minimum pencen RM1,000 bagi 25 tahun perkhidmatan.
Mereka juga menerima kemudahan cuti tambahan iaitu termasuk:
* 360 hari cuti bersalin, sebelum ini 300 hari.
* Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
* Cuti khas untuk pendidikan.
* Cuti tanpa rekod tujuh hari untuk umrah
* Waktu kerja baharu fleksibel 9am hingga 6pm.
* Penjawat awam wanita mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang lebih awal sejam.
* Suami juga dibenarkan pulang lebih awal dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.
Umno dan Barisan Nasional kini berdepan dengan gabungan pembangkang yang diperkukuhkan dengan pembabitan Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang dihormati oleh masyarakat Melayu Islam di kawasan luar bandar.
Dr Mahathir, pengerusi Bersatu yang juga sebahagian daripada sekutu Pakatan Harapan mendakwa, sokongan daripada masyarakat Melayu luar bandar semakin kukuh untuk mereka, susulan terhimpit dengan peningkatan inflasi.
Menerusi Bajet 2018, peruntukan untuk sektor pertanian, satu pertiga daripada RM6.5 bilion untuk baja dan pesawah, penoreh getah dan nelayan.
Kira-kira RM500 juta diperuntukkan untuk memperbaiki pengairan dan infrastruktur sementara RM390 juta untuk menambahbaikkan hasil untuk getah, minyak kelapa sawit dan kelapa. – 27 Oktober, 2017.
Komen