SEORANG remaja perempuan di Jepun menyaman kerajaan tempatan kerana guru-gurunya memaksa dia mewarnakan rambutnya yang berwarna coklat kepada hitam, kata seorang pegawai hari ini.
Pelajar berusia 18 tahun itu telah mewarnakan rambutnya beberapa kali bagi mematuhi peraturan sekolah yang mengharamkan mewarna rambut, namun gurunya mengatakan ia tidak mencukupi serta melarangnnya memasuki kelas, kata akhbar Asahi.
Pihak sekolah memberitahunya yang di bawah peraturan sekolah, “malahan pelajar luar negara yang rambut berwarna perang juga harus mewarnakan rambut mereka hitam”.
Seorang pegawai di wilayah Osaka mengesahkan pendengaran pertama kes itu diadakan hari ini dan pelajar itu meminta pampasan sebanyak 2.2 juta yen.
“Tetapi kita tak boleh berikan maklumat terperinci kerana sedang dalam perbicaraan,” katanya kepada AFP.
Sekolah-sekolah di Jepun cenderung mengenakan peraturan ketat tentang penampilan termasuk warna rambut, alat solek dan pakaian seragam.
Kebanyakan melarang pelajar mereka mewarna atau melunturkan rambut, dengan ada yang meminta bukti mengatakan warna rambut mereka adalah asli. – AFP, 27 Oktober, 2017.
Komen