Ejek tanda dahi YB Jelutong, dua ahli parlimen digantung dewan


Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman telah digantung dari Dewan Rakyat selama dua hari selepas mengejek tanda dahi ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2019.

PERANG mulut antara ahli Parlimen dan pembangkang terhadap tanda dahi RS N Rayer berakhir apabila Speaker mengarahkan dua ahli Parlimen digantung dari Dewan Rakyat selama dua hari.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusoff mengarahkan Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) dan Khoo Poay Ting (Kota Melaka-PH) selepas kedua-dua mereka enggan mematuhi arahan kerana berhujah mengenai kesesuaian kenyataan Tajuddin.

Arahan itu merupakan kemuncak setelah dua jam perang mulut antara ahli Parlimen dan wakil rakyat selepas Tajuddin bersorak mengejek tanda dahi yang dipakai oleh Rayer. 

“Adakah itu abu Chin Peng?” soalnya sehingga membangkitkan kemarahan dalam kalangan wakil rakyat di dalam persidangan berkenaan.

Rayer memberitahui Mohamad Ariff bahawa apa yang dikatakan Tajuddin adalah penghinaan kepada masyarakat Hindu.

“Suruh dia minta maaf. BN menghina orang Hindu,” katanya yang disokong oleh Sivakumar Naidu (PH-Batu Gajah).

Tanda dahi adalah abu suci yang dibuat dari kayu kering yang dibakar dalam ritual Agamic. Hindu meletak tanda dahi secara tradisional dengan tiga garis mendatar di dahi.

Rayer dilihat tersinggung dengan kenyataan itu.

Abu Chin Peng dibawa pulang pada September ke Perak. – 3 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen