PUTRAJAYA menarik balik rang undang-undang (RUU) untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) daripada aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat hari ini.
“Kerajaan mencadangkan bacaan kedua dan ketiga untuk IPCMC ditangguhkan,” kata Liew Vui Keong (Batu Sapi-PH) di Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab berakhir.
Liew yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberitahu wartawan semalam bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Mengenai IPCMC, Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) akan membentangkan laporan jawatankuasa itu hari ini.
Susulan penangguhan oleh kerajaan itu, Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata tidak ada keperluan untuk Ramkarpal meneruskan pembentangan laporan berkenaan.
“Memandangkan IPCMC ditangguhkan, sekarang tidak ada keperluan untuk Bukit Gelugor teruskan,” kata speaker.
Kerajaan menerima tekanan daripada polis dan pembangkang supaya tidak menubuhkan IPCMC. – 3 Disember, 2019.
MENYUSUL
Komen