Polis buat semakan terhadap penganjur himpunan bekas ahli PKM


POLIS sedang membuat semakan terhadap beberapa individu termasuk penganjur program berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

“Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini. Bagaimanapun kita akan membuat semakan terhadap individu yang terlibat termasuk penganjur,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli PKM itu.

Beliau berkata perkara dikhuatiri mengancam keamanan negara tidak boleh dibiarkan berlaku.

Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan pada Ahad yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989. – Bernama, 3 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen