Kemenangan Tg Piai meriahkan perhimpunan MCA hari ini


Khoo Gek San

Bahang kemenangan pilihan raya kecil Tanjung Piai masih dirasai pada mesyuarat agung tahunan MCA yang diadakandi di ibu negara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Disember, 2019.

KEMENANGAN MCA pada pilihan raya kecil Tanjung Piai memberi semangat kepada mesyuarat agung tahunannya hari ini, selepas kekalahan teruka pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata ahli parti.

Alvyn Chiang dari Bagan Datoh memberitahu The Malaysian Insight bahawa kemenagan Wee Jeck Seng di Tanjung Piai memberi suntikan semangat kepada ahli parti serta menceriakan suasana.

Tambahnya, keputusan pilihan raya kecil Tanjung Piai merupakan petanda ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan hari ini, namun ia tidak memberi jaminan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 15.

“Jika MCA menjadi leka, majoriti 15,000 undi hanya akan menjadi sejarah dan tidak boleh diulang lagi dalam BN,” kata ahli jawatankuasa pusat itu.

“Saya harap pada masa akan datang, MCA lebih banyak berhubung dengan masyarakat Melayu dan memahami perasaan mereka. Ini akan menjadi perkara yang baik untuk masa depan MCA.”

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat yang juga ketua bahagian Pagoh, Lim Pay Hen berkata, ahi parti masih merasai bahang kemenangan di Tanjung Piai.

“BN mendapat majoriti undi yang luar biasa, dan undi masyarakat Cina sudah kembali. Ia umpama satu kejutan kerana bukan sebab MCA lebih baik tetapi kerana PH yang teruk,” katanya.

Oleh itu katanya, kemenangan di Tanjung Piai adalah situasi terpncil yang dipacu oleh masalah kerajaan PH mengenai isu dana Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan isu tulisan jawi.

Isu dalam BN sendiri seperti 1MDB dan gabungan Muafakat Nasional dibayangi oleh pengundi yang mahu beri pengajaran kepada kerajaan sekarang, katanya.

Pemimpin dan ahli parti merasakan masih ada harapan untuk MCA selepas mengembalikan sokongan masyarakat Cina di Tanjung Piai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Disember, 2019.

Sementara itu, menurut Chew Swee King, pilihan raya kecil itu menjadi motivasi kepada parti untuk meneruskan perjuangan.

Chew berkata, undi akan kembali kepada parti sekiranya Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus berkempen “memberi tekanan” kepada MCA.

“Kami harap Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan terus menjadi ‘pengempen’ terbaik. Sekiranya beliau terus menekan MCA dengan mencampuri urusan Kolej Utar, pengundi akan kembali kepada MCA,” katanya.

Pemuda MCA Bahagian Sepang, Siew Shen Koe berkata, kemenangan di Tanjung Piai adalah bukti kempen MCA untuk berkhidmat kepada rakyat telah berkesan.

Pengundi mula muak dengan ahli Parlimen yang jarang berada di kawasan masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat, kata Siew.

“Kita bukan bermegah kerana menang pilihan raya kecil. Kita faham bahawa menang pilihan raya kecil tak bermakna kita telah mendapat semula sokongan masyarakat Cina. Kita tak boeh ulangi kesilapan dulu,” tambahnya.

Sementara itu, Pemuda MCA Puchong Tan Jie Sen berkata, kemenangan di Tanjung Piai telah mengembalikan semangat ahli parti kerana ia menunjukkan MCA masih menerima sokongan masyarakat Cina dan masih ada harapan untuk masa depan.

Tan berkata, kejayaan di Tanjung Piai adalah dikaitkan dengan hasil usaha Wee dan sikap ambil berat tentang pengundi yang membantunya meraih undi.

Parti Komponen BN itu menghadapi kekalahan teruk pada PRU14 selepas hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu kerusi Ayer Hitam yang dimenangi presidennya Wee Ka Siong.

Bagaimanapun, kemenangan di Tanjung Piai memberi ruang kepada seorang lagi ahli Parlimen untuk mewakii parti dan BN di Parlimen.

Tanjung Piai turut memberi tamparan hebat kepada PH selepas calonnya kalah dengan lebih 18,000 undi. – 1 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen