SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson hari ini menggesa ketua tentera Mynmar membantu menamatkan keganasan di negeri Rakhine yang telah memaksa ratusan ribu umat Islam Rohingya melarikan diri.
Menerusi panggilan telefon dari Washington dengan Min Aung Hlaing, Tillerson menyatakan “kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang berterusan dan laporan kekejaman di Rakhine”, menurut kenyataan jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert.
“Setiausaha menggesa pasukan keselamatan Burma menyokong kerajaan mengakhiri keganasan di negeri Rakhine dan membenarkan kepulangan mereka yang kehilangan tempat tinggal semasa krisis, terutama sejumlah besar etnik Rohingya,” katanya. – AFP, 27 Oktober, 2017.
Komen