Tentera Assad guna senjata kimia, kata PBB


Lebih 87 orang terbunuh dalam serangan itu dan mencetuskan kemarahan dunia. – Gambar AFP, 27 Oktober, 2017.

TENTERA Presiden Syria Bashar al-Assad bertanggungjawab atas serangan maut gas sarin di bandar ditawan pemberontak Khan Sheikhun yang membunuh ramai orang, kata panel siasatan PBB pada Khamis.

Panel bersama PBB-Organisasi untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW) berkata yang laporan siasatan yang ditunggu lama itu menunjukkan bukti yang disokong oleh “scenario jelas” bahawa “sarin dibebaskan menerusi bom yang dijatuhkan pesawat”.

“Panel itu yakin yang Republik Arab Syria bertanggungjawab untuk pembebasan gas sarin di Khan Sheikhun pada 4 April 2017,” kata laporan rahsia Majlis Keselamatan PBB yang diperolehi AFP.

Lebih daripada 87 orang terbunuh dalam serangan gas saraf di daerah Idlib, Syria itu.

Gambar mengerunkan selepas serangan mencetuskan kecaman global dan menyebabkan Amerika Syarikat melepaskan lima peluru berpandu ke pengkalan udara tentera Syria yang didakwa negara barat menjadi pusat pelancaran serangan.

Sekutu Syria, Rusia mempertahankan yang serangan sarin itu disebabkan oleh bom di darat dan bukannya dilepaskan oleh serangan udara Syria.

Tetapi analisi pakar gambar dan video kawasan serangan saris itu mendapati serpihan disebabkan oleh “bom besar” yang “dijatuhkan daripada ketinggian sederhana atau tinggi”, kata laporan itu.

Kajian selanjutnya di makmal juga mendapati gas sarin itu mungkin dihasilkan daripada simpanan bahan kimia kerajaan.

Kerajaan Syria menegaskan yang ia sudah tidak memiliki senjata kimia selepas perjanjian 2013 yang membuatkan mereka menghapuskannya.

Laporan itu turut mendapati yang militan Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) menggunakan gas mustard dalam serangan berasingan di bandar Um Hosh di utara Aleppo pada September 2016. – AFP, 27 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen