POLIS Belanda memburu seorang suspek kes tikam tiga remaja bawah umur di pusat membeli-belah di The Hague ketika orang semalam.
Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli-belah sempena jualan Black Friday, beberapa jam selepas insiden serangan di London yang meragut dua nyawa.
“Ketiga-tiga mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan sudah dibenarkan pulang,” kata jurucakap polis tanpa menyebut umur mangsa.
Penyiar NOS memetik saksi berkata dua remaja perempuan yang cedera ditikam berlari ke dalam kedai Hudson Bay di pusat membeli-belah Grote Marktstraat.
“Saya nampak dua budak perempuan menjerit sambil berlari. Seorang lelaki melarikan diri. Dia lari begitu laju,” kata seorang saksi dipetik berkata.
“Beberapa orang cuba mengejar tetapi tak berjaya. Saya betul-betul terkejut.”
Imej yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pelanggan berlari dalam keadaan panik ketika itu.
Polis berkata suspek yang diburu itu berusia dalam lingkungan antara 40 dan 50 tahun.
“Kami masih memburunya,” kata polis. – AFP, 29 November, 2019.
Komen