Dadah RM19 juta dirampas di Myanmar


Pihak berkuasa Myanmar merampas dadah methamphetamine bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta) di kawasan zon segi tiga emas. – Gambar AFP, 26 Oktober, 2017.

PIHAK berkuasa Myanmar hari ini, berjaya merampas dadah methamphetamine bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta) di kawasan zon segi tiga emas.

Lokasi terpencil segi tiga emas terbabit merangkumi Shan di Myanmar, Laos serta kawasan di utara Thailand dan ia menghasilkan sejumlah besar candu serta dadah methamphetamine sebelum diseludup ke seluruh Asia.

Dalam operasi semalam, tentera dan pegawai sempadan Myanmar menahan seorang lelaki bersama 250kg dadah methamphetamine yang disembunyikan di bahagian belakang keretanya di pintu masuk di timur Shan.

Menerusi mesej yang dimuat naik di akaun Facebook, ketua komander berkata, 250 kg itu dianggarkan bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta).

“Individu dan semua dadah yang dirampas sudah diserahkan kepada skuad anti dadah,” menurut satu kenyataan. – AFP, 26 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen