AHLI perniagaan kontroversi Low Taek Jho tidak melakukan sebarang kesalahan di Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz.
Katanya, kerajaan hanya boleh mengambil tindakan terhadap seseorang individu jika kesalahan dilakukan di dalam negara.
“
Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai Low atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata polis Malaysia sudah menutup siasatan terhadap Jho Low, yang dikehendaki untuk disoal siasat oleh beberapa negara lain.
Nazri berkata beliau ingin tahu apa kesalahan yang dilakukan oleh Low di Malaysia.
“Selama ini Dr Mahathir Mohamad kata seluruh dunia tahu tentang Jho Low dan kesalahan yang didakwa dilakukannya, tetapi Malaysia tidak tahu. Jadi, beritahu kami.
“Semua kesalahan itu, jika ada, dilakukan di luar negara. Jadi biarlah kerajaan luar yang ambil tindakan terhadapnya,” katanya.
Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan menggelar Malaysia sebagai kleptokrasi kerana skandal kewangan 1MDB di seluruh dunia yang menyebabkan siasatan pengubahan wang haram serta rasuah dilakukan di enam negara.
Dianggarkan RM39 bilion daripada wang 1MDB lesap dicuri dan salah pengurusan, dan kira-kira AS$1 bilion daripada jumlah itu diselewengkan dan diguna untuk membeli aset di Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Kehakiman (DoJ) AS memfailkan saman untuk menyita aset bernilai AS$1.7 bilion termasuk sebuah kapal layar berharga AS$165 juta yang dimiliki oleh Low. – 26 Oktober, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan