Pakatan buat 31 kesalahan dan kes salah laku di Tg Piai, kata Bersih


Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini Bersih 2.0 berkata mereka mendokumentasikan 21 kesalahan pilihan raya dan 10 kes salah laku sejak kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2019.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dicemari oleh penyalahgunaan sumber kerajaan dan sekatan polis yang menyalahi undang-undang, kata badan pemantau integriti pilihan raya Bersih 2.0 dalam laporan pemerhatiannya.

Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini Bersih 2.0 berkata mereka mendokumentasikan 21 kesalahan pilihan raya dan 10 kes salah laku sejak kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong.

“Bersih 2.0 telah mengerahkan lima pemerhati untuk memerhati pilihan raya itu dan mendokumenkan 21 kesalahan pilihan raya dan 10 kes salah laku. 

Pemantau pilihan raya itu berkata terdapat trend yang semakin buruk iaitu menyalahgunakan sumber kerajaan untuk berkempen melibatkan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar Johor.

Tambahnya, 10 kes salah laku melibatkan menteri Persekutuan PH dan Menteri Besar Johor yang mengumumkan projek pembangunan dan peruntukan baharu yang menyasarkan rakyat di Tanjung Piai.

Jumlah peruntukan yang diumumkan ialah RM23.93 juta.

“Walaupun kami menyedari kerajaan Persekutuan dan negeri Johor perlu terus beroperasi semasa pilihan raya, menggunakan sumber negeri untuk memenangi sokongan untuk calon parti pemerintah tidak beretika.

“Kerajaan PH harus mematuhi prinsip pilihan raya yang bebas dan adil dengan menangguh pengumuman sebarang projek atau peruntukan baharu dalam tempoh pilihan raya kecil,” kata Bersih. – 29 November, 2019.

Berita penuh di sini. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen