Polis buru suspek lolos lokap Indera Mahkota


POLIS giat memburu seorang suspek lelaki yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Indera Mahkota di Kuantan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek, Mohamad Shahrul Ezwan Nordin, 35, dipercayai melarikan diri pada 8.23 pagi semasa menukar pakaian.

“Suspek ditahan pada 24 November lalu atas kesalahan berkaitan dadah dan dipercayai memakai jaket kulit berwarna coklat,” katanya menerusi kenyataan media di Kuantan hari ini.

Mohamad Noor berkata pihaknya melakukan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di semua terminal pengangkutan awam bagi mengesan suspek.– Bernama, 28 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen