Kajian dedah Malaysia adalah negara ‘risau terlampau’


Ragananthini Vethasalam

Malaysia mencapai skor 0.77 dalam Indeks Kerisauan Nasional (NWI) yang mengukur kerisauan rakyat menerusi empat faktor kos iaitu sara hidup, pekerjaan, ekonomi dan keterjaminan (sekuriti). – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2019.

MALAYSIA sebuah negara risau terlampau, kata sebuah badan penyelidik yang mengukur tahap kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Kajian Emir Research itu menyebut empat perkara yang dibimbangi oleh rakyat: kos sara hidup, pekerjaan, ekonomi dan keterjaminan atau sekuriti.

Dalam kajiannya yang diberi tajuk Indeks Kerisauan Nasional (NWI), Malaysia mencatatkan skor 0.77.

Ukuran NWI dipecahkan kepada empat skala; minimum (0-0.25), sederhana (0.25-0.5), berlebihan (0.5-0.75) dan terlampau (0.75-1).

Kajian bertajuk “Pulse from the Ground: Voices & Expectations of the Rakyat on Current Socio-Economic Issues” dijalankan antara mulai 5 September hingga 9 Oktober lalu.

Kajian melibatkan 1,992 responden dari pelbagai kaum, umur, kawasan dan latar belakang pendidikan.

Bahagian “Perut Economy, mengenai isu sara hidup, 86% responden berkata keperluan asas dan rumah mampu milik menjadi kerisauan utama mereka.

Ini diikuti 77% risau mengenai kekurangan peluang kerja, pengangguran dalam kalangan belia (76%) dan masalah hutang ekoran kos sara hidup tinggi (76%).

Rasuah dan salah guna kuasa yang menjadi kerisauan utama rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu pula berada ditangga keenam.

“Ini mungkin kerana rakyat sudah bosan dengan proses berpanjangan untuk menghukum pemimpin yang menyalahguna kuasa,” menurut kajian itu.

“Mereka mahu kerajaan menumpu kepada ‘Perut Eknomi’ yang merupakan matlamat utama dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan, dan sentiasa bercakap tentang masalah yang ditinggalkan rejim terdahulu.” – 28 November, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen