Polis siasat kumpulan yang bawa masuk abu mayat Chin Peng 


Polis sedang menyiasat kumpulan yang membawa masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini dan menaburnya di Perak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2019.

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu yang membawa pulang abu mayat ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Huzir Mohamed dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan polis BukitAman telah menghubungi Polis Perak untuk memberi bantuan berhubunung kes berkenaaan.

Semalam media melaporkan abu mayat setiausaha agung PKM, yang meninggal dunia pada umur 89 tahun 16 September, 2013 dibawa ke Malaysia dari Thailand pada September.

Ia ditabur di Perak, yang merupakan negeri kelahirannya dan mengikut kemahuannya.

Kumpulan yang membawa masuk abu mayat berkenaan telah menaburnya dan mengadakan sidang media di Ipoh semalam.

“Polis Perak telah mengesahkan dengan kami tarikh dan laluan masuk,” Huzir dipetik sebagai berkata di Bukit Aman hari ini.

Menurutnya, insiden itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 505b Kanun Keseksaan.

Ia turut disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul.

Menurut laporan media yang memetik penyelaras kumpulan yang menguruskan mayat Chin Peng, abunya idtabur di laut berhampiran Lumut dan di banjaran Titiwangsa.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924.

PKM diubarkan pada 1989, melalui Perjanjian Hatyai antara Malaysia, Thailand dan PKM.

Perjanjian itu membernarkan anggota PKM kembali dan menetap di Malaysia selepas setahun perjanjian itu ditandatangani, dan notis diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Ahli PKM yang lain seperti Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD dibenarkan kembali ke Malaysia, namun Chin Pengg tidak dibenarkan dan beliau tinggal dalam buangan di Thailand sehingga meninggal dunia.– 27 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen