PKR belum putuskan keanggotaan Salleh, kata Wan Azizah 


Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Biro Politik PKR akan mempertimbangkan permohonan itu pada mesyuarat akan datang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2019.

PKR masih mempertimbang permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak untuk menganggotai parti itu.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata permohonan berkenaan perlu melalui proses saringan dan pertimbangan parti.

“Permohonan beliau masih dalam pertimbangan parti, kita akan putuskan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Smart Technology For Smart City Summit 2019’ di Shah Alam, hari ini.

Pada 5 Oktober lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataannya mengesahkan telah menerima permohonan keahlian Salleh secara dalam talian.

Bagaimanapun katanya, Biro Politik PKR akan mempertimbangkan permohonan itu pada mesyuarat akan datang. – Bernama, 27 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen