Bila PAS hendak umum Belanjawan 2018?


PAKATAN Harapan semalam baru sahaja mengemukakan belanjawan alternatifnya yang mengutamakan poket rakyat biasa, demi memenuhi harapan dan impian rakyat Malaysia.

Pimpinan Barisan Nasional nampaknya tidak banyak bunyi setelah belanjawan ini dilancarkan. Ini menjadi isyarat bahawa cadangan-cadangan dalam belanjawan alternatif Pakatan Harapan adalah baik untuk rakyat.

Namun apa yang menjadi persoalan kini ialah bilakah masanya PAS akan mengemukakan belanjawannya pula?

Bukanlah kita mahu merendah-rendahkan kemampuan dan sumber PAS untuk merangka belanjawan negara. Tetapi PAS pastinya berhadapan banyak persoalan sekiranya parti pembangkang yang mesra Najib ini tidak mampu mengemukakan belanjawannya sendiri menjelang esok sebelum Perdana Menteri Najib Razak membentangkan belanjawan Barisan Nasional di Parlimen.

Jadi saya teringin mahu tahu. Adakah PAS akan menjadi pembonceng belanjawan Najib Razak pada esok hari memandangkan kini ramai pimpinan utama PAS begitu rapat dengan Perdana Menteri?

Atau adakah fungsi PAS di Parlimen hanya untuk membawa usul RUU355 Abdul Hadi Awang semata-mata dan tidak peduli langsung tentang hal-hal lain?
 

* Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut.

* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen