Tarikh akhir isytihar harta dilanjutkan


Chan Kok Leong

Putrajaya melanjutkan tarikh akhir pengisytiharan harta berikutan kekurangan jumlah ahli Parlimen pembangkang yang berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2019.

KEKURANGAN jumlah ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta mereka telah mendorong Putrajaya melanjutkan tarikh akhir, kata sumber.

“Setakat ini hanya ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa daripada PAS mengisytiharkan harta mereka ke Parlimen.

“Oleh itu tarikh akhir telah dilanjutkan sehingga akhir sesi ini pada 5 Disember,” kata sumber berkenaan.

Satu pemeriksaan di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan hanya ahli Parlimen kerajaan dan pasangan telah mengisytiharkan harta mereka.

Laman web itu tidak menunjukkan pemfailan daripada mana-mana 83 ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Barisan Nasional mempunyai 41 ahli Parlimen manakala GPS dan PAS masing mempunyai 18 orang.

Yang lain dari Parti Perikatan Sabah (3), Parti Bersatu Sarawak (1) dan bebas (2).

Selepas sesi soal jawab pagi tadi kerajaan membentangkan usul untuk melanjutkan tarikh akhir.

Usul itu dibentangkan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Liew Vui Keong.

Pada 1 Julai Parlimen mengguna pakai usul untuk mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka dalam masa tiga bulan. – 26 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen