RUSIA menyerahkan sebilangan trak tentera dan beribu-ribu raifal kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini dengan kedua dua negara tersebut meraikan hubungan ketenteraan mereka yang semakin rapat.
Duterte menerima senjata tersebut dalam satu lawatan ke kapal tentera laut Rusia yang berlabuh di Manila, langkah terbaru dalam merapatkan lagi hubungan dengan Rusia dan China sambil menjauhkan Filipina daripada sekutu dan rakan kongsinya yang sekian lama, Amerika Syarikat (AS).
Berikutan lawatan kapal perang besar anti-kapal selam tersebut, Admiral Panteleyev dengan secara peribadi menyerahkan sebahagian daripada 5,000 senapang Kalashnikov yang disumbangkan bersama dengan peluru dan 20 trak kepada tentera Filipina yang kurang kelengkapan.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu mengalu-alukan hubungan yang lebih erat tersebut ketika menandatangani dua perjanjian dengan rakan sejawatnya di Filipina, Delfin Lorenzana.
“Filipina dianggap sebagai rakan kongsi utama dan prospektif di rantau Asia tenggara dan Asia Pasifik secara amnya,” kata kementerian pertahanan Rusia itu dipetik dalam satu kenyataan, sambil menambah ia adalah kali pertama menteri pertahanan dari Moscow melawat Filipina.
Selama beberapa dekad, negara Asia Tenggara telah menjadi salah satu sekutu ketenteraan serantau paling kuat Washington.
Tetapi Duterte, 72, telah melonggarkan perikatan selama 70 tahun tersebut.
Berang dengan kritikan Amerika terhadap perang kontroversi terhadap dadah yang meragut beribu ribu nyawa, Duterte mula menghampiri Rusia dan China.
Tentera Filipina yang kurang kelengkapan memerlukan sekutu.
Pihak tentera pada hari Isnin akhirnya mengisyhtiharkan pengakhiran kepada pertempuran selama lima bulan di bandar Marawi di mana tentera berjuang untuk membanteras militan yang setia kepada kumpulan negara Islam dalam perang bandar terpanjang negara itu.
Tentera Australia dan Amerika Syarikat membantu menyediakan intipan dan sasaran dalam perang tersebut.
Tetapi Duterte telah jelas menunjukkan bahawa beliau lebih senang untuk tidak bergantung kepada AS.
Dalam satu lawatan ke Beijing tahun lalu beliau berkata beliau telah “menyusun semula” dirinya terhadap Beijing dan Moscow.
During a visit to Beijing last year he said he had “realigned” himself towards Beijing and Moscow.
“Ada tiga antara kami menentang dunia: China, Filipina dan Rusia,” tambahnya.
Shoigu dan Lorenzana semalam menandatangani satu perjanjian di luar forum keselamatan Manila yang meliputi kerjasama pertahanan dalam penyelidikan senjata dan pertukaran pakar, menurut kenyataan dari kementerian mereka.
Filipina juga menandatangani satu kontrak untuk membeli pelancar bom tangan roket, kata kementerian Rusia tanpa menyatakan berapa banyak senjata yang akan diperoleh atau berapa nilai kesepakatan tersebut.
China juga telah menyumbangkan beribu ribu raifal dan sniper kepada Filipina sebagai tanda persahabatan yang sama. – AFP, 25 Oktober, 2017.
Komen