PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa beliau tidak akan bertoleransi atau berkompromi dengan sesiapa untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Amarannya itu dipercayai ditujukan kepada kalangan pemimpin dan akar umbi PKR Sarawak yang memboikot konvensyen parti itu di Miri hari ini.
Antaranya termasuk ketua PKR Sarawak Baru Bian dan sejumlah besar pemimpin cabang parti itu.
Tanpa menyebut nama mereka, Anwar berkata beliau tidak akan membiarkan krisis dalaman PKR menjejaskan objektif utama parti dalam pilihan raya Sarawak.
Konvensyen yang berlangsung hari ini diumumkan ‘batal’ oleh majlis kepimpinan negeri yang bersekutu dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Namun majlis itu tetap berlanngsung dengan kehadiran penyokong Anwar.
Berucap pada kovensyen itu pagi ini, presiden PKR itu turut menyentuh tentang isu boikot itu dan beliau akan bertemu Baru bagi membincangkan hal itu.
“Tiada sebab saya tidak boleh bercakap dengan beliau. Saya sendiri melantiknya.”
Mengulas mengenai calon, Anwar menyerahkan kepada undang-undang bagi parti memilih mereka yang bertanding pada pilihan raya tersebut.
Terdahulu, penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata pilihan raya Sarawak diramal diadakan selepas Tahun Baru Cina dan sebelum bulan puasa tahun depan. – 23 November, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen