Gempa bumi 6.7 gegar Indonesia


Gempa bumi kuat berukuran 6.7 melanda pantai timur Indonesia hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan. – Gambar AFP, 24 Oktober, 2017.

GEMPA bumi kuat berukuran 6.7 melanda pantai timur Indonesia hari ini, kata pakar gempa bumi Amerika Syarikat (AS), tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan.

Gempa bumi itu melanda wilayah Nusa Tenggara Timur kira-kira 318 km ke barat laut ibu negerinya, Kupang pada kedalaman 549 km, menurut Tinjauan Geologi AS.

“Kami mengumpulkan laporan mengenai kemungkinan kerosakan tetapi gempa bumi itu amat dalam dan ada kemungkinan tsunami,” kata jurucakap agensi kaji cuaca dan geofizik Indonesia.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi dan aktiviti gunung berapi berikutan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Gempa bumi melanda Acheh pada Disember 2016, mengorbankan lebih 100 orang, mencederakan ramai lagi dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal. – AFP, 24 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen