Bekas pemegang amanah dakwa tidak tahu urusan babit yayasan Zahid


Timothy Achariam Fa Abdul

Dr Zulkifli Senteri (kanan) berkata beliau diminta oleh bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 1997 untuk menjadi ahli lembaga pengarah Yayasan Akalbudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2019.

BEKAS pemegang amanah Yayasan Akalbudi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau tidak mengetahui urusan membabitkan yayasan itu dan tidak dimaklumkan mengenai fungsinya ketika dilantik.

Dr Zulkifli Senteri berkata beliau diminta oleh bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 1997 untuk menjadi ahli lembaga pengarah dan bersetuju dengannya.

Beliau juga berkata kali pertama bertemu dengan Zahid pada 1990-an ketika berkhidmat sebagai pengerusi Bank Simpanan Nasional.

“Saya bersetuju dengan tawaran menjadi ahli lembaga pengarah tetapi tiada penjelasan lanjut mengenai tugas saya dan tanggungjawab peranan saya.

“Saya juga tidak diberi sebarang arahan berhubung fungsi Yayasan Akalbudi,” kata Zulkifli, yang kini naib canselor Universiti Binary di Kuala Lumpur, memberitahu mahkamah dalam kenyataan bersumpahnya.

Prosiding dijalankan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah, dengan Raja Rozela Raja Toran dan Timbalan Pendakwa Raya Lee Seng Fatt melakukan pendakwaan.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal melakukan soal balas sebagai peguam bela bagi pihak Zahid.

Zaidi mempersoalkan percanggahan dalam kenyataan saksi kerana Zulkifli juga berkata beliau diberitahu oleh Zahid yang Akalbudi diwujudkan untuk memberi kebajikan kepada penduduk Bagan Datuk. – 21 November, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen