200 kakitangan Bank HSBC Bank bakal hilang kerja, dakwa kesatuan pekerja


Keputusan HSBC melanggar perjanjian kolektifnya sendiri dengan pekerja kerana enggan merujuk kesatuan berhubung kehilangan pekerjaan yang akan berlaku. – Gambar EPA, 21 November, 2019.

RATUSAN pekerja bakal hilang kerja apabila Bank HSBC memutuskan menggunakan khidmat luar bagi beberapa perkhidmatannya kepada vendor asing dan tempatan, kata Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).

Keputusan HSBC melanggar perjanjian kolektifnya sendiri dengan pekerja kerana enggan merujuk kesatuan berhubung kehilangan pekerjaan yang akan berlaku, kata Setiausaha Agung Nube J. Solomon.

“Ini akan menyebabkan kehilangan pekerjaan besar-besaran yang melibatkan pekerja tempatan. Bank melakukan penyumberluaran kerja yang buat masa ini dijalankan oleh kira-kira 200 pekerja Malaysia kepada India, Sri Lanka dan pihak ketiga di negara ini,” kata Solomon dalam satu kenyataan.

“HSBC enggan menyertai rundingan efektif dengan Nube mengenai keperluan mengeksport pekerjaan ke luar daripada HSBC Malaysia.

“NUBE mentafsirkan pengeksportan kerja oleh HSBC Malaysia sebagai tidak mengenang budi secara terang-terangan kerana ia memperoleh keuntungan terutamanya dari rakyat Malaysia dan dana tempatan, ia menggunakan keuntungan untuk memperkayakan syarikat di luar negara dengan mengorbankan penduduk tempatan yang akan dibuang.”

Ketika dihubungi, seorang pegawai berkata bank itu sedang menyediakan respons terhadap dakwaan NUBE. – 21 November, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen