SIAPA sahaja yang mahu menjadi perdana menteri perlulah mengikut saluran yang betul, kata Dr Mahathir Mohamad, senada dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Kita dah setuju kena ikut cara yang betul,” katanya, mengulas kenyataan Anwar semalam iaitu mereka yang berminat untuk jadi perdana menteri perlulah melalui cara yang betul, bukan mengadakan mesyuarat tertutup.
Anwar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa pun yang berminat dengan jawatan itu, tetapi syaratnya mestilah dengan cara yang sah.
Pada Isnin, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan 22 ahli Parlimen BN dan beberapa wakil rakyat PKR, yang dipercayai membincangkan cara untuk memastikan Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri selepas PH kalah di Tanjung Piai.
Bagaimanapun, Azmin berkata mesyuarat tersebut hanyalah “mesyuarat biasa”.
Menteri hal ehwal ekonomi itu sebelum ini beberapa kali secara terbuka menyokong Dr Mahathir terus berkhidmat sehingga habis penggal. – 21 November, 2019.
Komen