Dr Mahathir tegur ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat


Noel Achariam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan bercakap dengan ahli Parlimen berkenaan ketidakhadiran mereka di persidangan Dewan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2019.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegur sesetengah ahli Parlimen yang tidak hadir ke Dewan Rakyat, di mana ia memberi tanggapan bahawa mereka tidak peduli untuk berkhidmat.

“Mereka yang hendak sangat jadi calon sebelum pilihan raya, tapi bila sudah terpilih mereka nampaknya tidak begitu serius tentang berkhidmat kepada rakyat.

“Saya akan bercakap dengan ahli Parlimen tentang perkara ini,” katanya.

Semalam, persidangan Dewan Rakyat tertangguh dua minit selepas doa dibacakan susulan ahli Parlimen yang hadir tidak cukup kuorum untuk memulakan persidangan.

Usul kuorum tidak cukup itu dibangkitkan oleh Abdul Rahman Mohamad (Lipis-BN), apabila Speaker Mohamad Ariff Md Yusof menjemput Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik untuk menjawab soalan lisan yang pertama daripada Hassan Bahrom (PH-Tampin).

Kuorum untuk persidangan diadakan ialah 26 ahli. – 21 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen