Hidung berdarah, Dr Mahathir diiring untuk rawatan


Mohd Farhan Darwis

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semasa berucap di Kongres Antarabangsa Kelapa Sawit MPOB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 November, 2019.

SIDANG media Dr Mahathir Mohamad dihentikan separuh jalan hari ini apabila perdana menteri itu didapati mengalami pendarahan hidung.

Beliau pada awalnya dilihat mengelap hidung dengan sapu tangan beberapa kali ketika sesi soal jawab bersama pemberita di Kongres Antarabangsa Kelapa Sawit MPOB 2019 di Kuala Lumpur.

Tompokan berwarna merah dapat dilihat di sapu tangan tersebut.

Sidang media kemudiannya dihentikan dan Dr Mahathir, 94, diiring keluar oleh pasukan keselamatan dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk menerima rawatan.

Sumber Pejabat Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan, tahap kesihatan Dr Mahathir dalam keadaan baik dan sudahpun kembali bertugas di pejabat selepas itu. – 19 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen