PAKATAN Harapan (PH) perlu perubahan drastik secara menyeluruh dalam pentadbirannya jika mahu kekal lebih daripada sepenggal, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Jelas beliau perubahan itu termasuk membuat rombakan semula polisinya seperti polisi belanjawan dan fiskal termasuk isu berkaitan kepimpinan.
“Kalau PH mahu bertahan untuk satu tempoh lebih dari sepenggal, perubahan drastik perlu berlaku dalam semua perkara.
“Perubahan ini sangat penting dan kita perlu melihat perkara ini,” katanya kepada wakil media di lobi Parlimen.
Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lalu.
Ini kali kedua calon dari Bersatu kalah dalam PRK selepas PRK Semenyih. – 19 November, 2019.
Komen