Perjalanan BN ke Putrajaya masih jauh, kata Hishammuddin


Lee Chi Leong

PERJALANAN Barisan Nasional kembali merampas Putrajaya masih jauh walaupun selepas kejayaannya menakluk semula Tanjung Piai, kata bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Katanya, kemenangan BN pada Sabtu lepas adalah hasil positif usaha pembangkang menakluk semula Putrajaya, tetapi ia perlu berusaha lebih keras.

“BN tidak sempurna. Kita perlu muhasabah diri sendiri tetapi ini (kemenangan) memberikan semangat untuk kita terus berusaha.

“Selepas setahun setengah, dan di mana kita sekarang ia adalah satu perkara yang menakjubkan.

“Tiada sesiapa menjangkakan keputusan ini. Tetapi, di akhirnya kita perlukannya untuk menjadi pembangkang yang berkesan.

“Sekarang, kita ada satu suara tambahan untuk berbuat demikian,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin yang merupakan ahli Parlimen Sembrong, juga menegaskan yang kejayaan BN adalah hasil kerja sepasukan dan bukan hanya kerana mana-mana individu.

“Saya rasa ia (hasil) kerja sepasukan. Tiada individu boleh mendakwa jadi punca kemenangan kita dan itulah (pasukan) yang sentiasa jadi kekuatan BN.

“Mustahil untuk menang besar jika bukan kerana semua orang berusaha berkempen untuk Wee Jeck Seng,” katanya mengulas dakwaan sebilangan pihak kemenangan BN di Tanjung Piai adalah kerana bekas perdana menteri Najib Razak.

Pakatan Harapan kalah teruk apabila Wee menang PRK Tanjung Piai dengan majoriti 15,086.

Pemimpin MCA itu mendapat 25,466 undi, berbanding calon PH Karmaine Sardini yang hanya meraih 10,380.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam menang 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasam 850) dan calon Bebas Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (32).

PRK itu diadakan selepas kematian penyandangnya Md Farid MD Rafiq,42, daripada PH-Bersatu pada 21 September kerana komplikasi jantung. – AFP, 18 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen