Dunia janji beri AS$340 juta bantu Rohingya


Kebanyakan dana untuk kumpulan minoriti Islam yang melarikan diri daripada keganasan di Negeri Rakhine itu dijanjikan pada pertemuan kepimpinan tertinggi di Geneva yang dianjurkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Kuwait. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2017.

NEGARA-NEGARA dunia berjanji memberikan AS340 juta untuk membantu pelarian Rohingya di Bangladesh, tindakan yang dianggap PBB “menggalakkan” untuk menangani krisis kemanusian yang semakin memuncak itu.

Kebanyakan dana untuk kumpulan minoriti Islam yang melarikan diri daripada keganasan di Negeri Rakhine itu dijanjikan pada pertemuan kepimpinan tertinggi di Geneva yang dianjurkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Kuwait.

PBB mengatakan mereka memerlukan AS$434 juta untuk menyediakan bekalan kemanusiaan sehingga Febuari depan untuk 900,000 pelarian Rohingya yang melintasi sempadan itu serta kepada 300,000 rakyat Bangladesh yang terkesan kerana kebanjiran pelarian itu.

“Kita ada pertemuan pagi yang mengalakkan,” kata Ketua Kemanusiaan PBB Mark Lowcock kepada wartawan. “Kami kini dijanjikan 340 juta dolar.”

Sebahagian dana itu dijanjikan sebelum persidangan itu berlaku dan Lowcock mengatakan dia menjangkakan lebih banyak komitmen akan diberikan dalam beberapa hari ini.

Kumpulan negara-negara dunia juga menawarkan AS$50 juta bantuan.

Kerajaan Bangladesh dan masyarakat Cox Bazar di sempadan Myanmar dipuji kerana tindakan mereka mengalukan kedatangan pelarian Rohingya dengan membuka sempadan. – AFP, 23 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen