DPR akan luluskan bajet 2018 Indonesia Rabu ini


Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia akan meluluskan bajet 2018 republik itu Rabu ini dan menamatkan perbahasan panjang ahli Parlimen dan wakil kerajaan – Gambar EPA, 23 Oktober, 2017.

DEWAN Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia akan meluluskan bajet 2018 republik itu Rabu ini dan menamatkan perbahasan panjang ahli Parlimen dan wakil kerajaan, lapor The Jakarta Post.

Sebelum sidang pada Rabu itu, wakil kerajaan, Bank Indonesia dan anggota jawatankuasa bajet DPR akan bermesyuarat untuk menyemak draf akhir rang undang-undang belanjawan itu.

Mesyuarat itu dijangka akan menerima dan meluluskan laporan yang disiapkan oleh jawatankuasa berkenaan serta mendengar pandangan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan.

Azis Syamsuddin, pengerusi jawatankuasa bajet DPR, berkata mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada Isnin tetapi tertangguh kerana menunggu laporan daripada tiga jawatankuasa yang sudah menyelesaikan rundingan dengan wakil-wakil kerajaan.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati menyetujui penangguhan mesyuarat kerja itu kepada Selasa bagi membolehkan ketiga-tiga jawatankuasa itu melobi kementerian berkenaan atas beberapa isu yang belum dipersetujui. – 23 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen